Friday, September 20, 2013

Kembali Berbicara

Bismillah...
assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah..masih diberi peluang oleh Allah utk bernafas di atas muka bumi ini. TanpaNYA siapalah kita ini. Dah lama ana tak update blog ni...
Hamba ini hilang kata-kata lantaran kurangnya tarbiah. Terasa kerdil diri ini untuk berbicara. Mungkin antum yang lebih layak berkata-kata berbanding ana yg kurangnya ilmu tarbiah. Menunjukkan betapa pentingnya usrah yg menjadi taman tarbiah bagi seorang muslim dan muslimah. Bilakah akan kembalinya zaman tarbiah yg ku cari selama 2 tahun. Ya Allah, rindunya hamba nak berusrah, berukhuwah. Bukan salah Dia yg menentukan tetapi salah diri ini yg kurang usaha dan semangat untuk mencari. 
Beruntunglah jika antum mempunyai usrah. Punyai sahabat-sahabat yg sentiasa saling ingat-mengingatkan. Jangan pernah ada dalam hati kita hendak keluar drpd taman tarbiah ini kerna iman kita akan sedikit demi sedikit dihakis dengan ombak duniawi. Sabar...bersabarlah dengan apa yg antum lalui semasa berada di taman tarbiah kerana orang yg berada di dalam taman tarbiah ini sentiasa akan ditarbiah oleh Allah. Dia mahu menguji sejauh mana keikhlasan hati kita.
Sekadar menyampaikan apa yg terbuku di hati. Ana ini hamba yg tidak layak berkata-kata berbanding antum yg lebih layak dan banyak ilmu berbanding ana.
"don't wait for the perfect moment BUT take the moment and make it perfect"