Saturday, June 25, 2011

Malam yang tenang :)


16 JUN 2011, 3.00 pagi buta walau sbnrnye celik~huhu,,ape aku mrepek.. menanti dan ternanti bulan yg bakal menutup dirinya yg tersipu malu sampai tak tido sbb takut tak dapat rasa ummph nya gerhana bulan.dek krna nak rebut pahala sunat,,sanggup aku mandi pepagi buta yg airnya fuuhh mmg mcm gne heater yg tak berfungsi..oopss lupe nak tunjuk gerhana bulan yang aku tengok..ni ha dia, bulan yg malu-malu kucing :)
3.30 pagi aku berlari ke musolla utk jmpe KEKASIH AGUNG,,solat gerhana berjemaah bersme ustaz Hamdi..merasai kekuasaan Allah. time camnilah baru kita sedar betapa besarnya kekuasaan Allah menciptakan makhluqnya.. ~laa ilaha illa anta, subhaanaka inni kuntu minazzhalimiin~

Baginda Rasulullah – sollaAllahu `alayhi wa sallam – melalui hadis baginda yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim, hadis daripada Sayyidatina `Aisyah yang berbunyi:-
إِنَّ الشَّمْسَ وَالقَمَرَ آيَتَانِ مِنْ آيَاتِ اللهِ لاَ يَخْسِفَانِ لِمَوتِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ
فَإِذَا رَأَيْتُمْ ذلِكَ فَادْعُوا اللهَ وَكَبِّرُوا وَتَصَدَّقُوا وَصَلُّوا
Maksudnya: “Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda daripada tanda-tanda kekuasaan Allah. Terjadinya gerhana matahari atau bulan itu bukanlah kerana kematian seseorang atau kehidupannya. Maka jikalau kamu melihatnya, berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, bersedekahlah serta dirikanlah solat”.
Sebagaimana pesanan para ulama’, perbanyakkan istighfar dan taubat serta perbanyakkan mengingati hari akhirat ketika berlakunya gerhana matahari atau bulan. Maka semua manusia perlu mengambil iktibar daripada fenomena hebat yang berlaku pada matahari, bumi dan bulan tersebut sebelum tibanya fenomena yang lebih dahsyat iaitu terbitnya matahari dari arah barat yang ketika itu tiada yang paling bernilai melainkan iman dan amal soleh.

Friday, June 3, 2011

Nasihat yang berguna untukmu..


hayatilah nasihat Asy-syahid Imam Hasan al-Banna:
1. Apabila mendengar azan, segeralah mendirikan solat walau dalam keadaan apa sekali pun.
2. Bacalah al-Qur'an, tatapilah buku-buku, pergilah mendengar perkara-perkara yang baik, amalkanlah zikrullah, dan janganlah sama sekali membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah.
3. Berusahalah sedaya upaya untuk bertutur dalam bahasa Arab yang betul kerana bahasa Arab yang betul itu, adalah satu-satunya syiar Islam.
4. Janganlah banyak bertengkar kerana pertengkaran kosong tidak mendatangkan kebaikan.
5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
6. Janganlah bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang diperlukan oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring adalah resmi yang sia-sia dan boleh menyakiti hati orang.
8. Jauhilah daripada mengumpat peribadi orang dan mengecam sesebuah; dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang boleh memberi kebajikan.
9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap Ikhwan Muslimin yang ditemui walaupun dia tidak meminta saudara berkenalan dengannya… asas gerakan dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.
10. Kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada; oleh itu tolonglah saudaramu agar mereka dapat menggunakan masa dengan berfaedah; dan jika anda mempunyai tugas sendiri, ringkaskanlah pelaksanaannya.

DIA pemilik segalanya~

walaupun hati ini sedih memikirkan sahabatku yg lari drpd aku...aku redha ya Allah..
aku tahu Kau sdg mengujiku...
Kau mahu aku memikirkan kekuasaanMU..
dgn hanya sekelip mata shj Kau mampu menarik kedua-dua sahabatku..
ya,,aku merasainya..
dan saat inilah KAU mahu aku kembali ke pangkuanMU..
mungkin aku gembira sangat dengan sahabatku sehingga aku lupa padaMU..
mungkin juga aku terlampau kasih pada sahabat sehingga aku alpa pada kasihMU..
namun,,aku bersyukur sgt2..
krana dgn ujian ini merapatkan lagi aku dgn Kau, ya ALLAH..
teringat aku lagu inteam feat nazrey raihan nyanyi,,
ujian adalah tarbiah dari Allah..
apakah kita kan sabar..
ataupun sebaliknya..
kesenangan yang datang selepas kesusahan..
semuanya adalah nikmat dari Tuhan..
so,,bila kita dapat sesuatu nikmat tu janganlah kita lupa padaNYA..
tapi ujian tu pun lazat jugak kan sampai jilat jari..
(tapi jgn kita minta ujian daripada Allah sbb iman kita ni takde la tggi mne pon..)
sbb dengan ujian la waktu tu baru kita rasa cinta kepada KHALIQ..
betul tak?
manusia selalu alpa dengan nikmat duniawi..
teringat aku ayat al-Quran yang mengatakan..
"..jika kamu bersyukur maka Aku akan tambahkan nikmatKU kepadamu..tetapi jika kamu kufur nescaya azabKU amatlah pedih.."
minta dijauhi daripada sifat kufur..amiin..
andai antuma membaca warkahku ini...
anggaplah aku telah memaafkan kalian..
semoga ukhuwah antuma berkekalan hingga ke syurga.
aku?
mungkin Allah tak nak aku jauh daripada DIA kot..wallahu a'lam,,
semua yang ditentukan Allah itulah yang terbaik untukku dan makhluqnya yg lain..
Allah tak menjadikan sesuatu itu sia-sia tp kita yang sering mensia-siakannya..
wallahu a'lam...