Tuesday, July 26, 2011


Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu

Alangkah indahnya hidup ini

Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah

Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu
Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim ( 2X )

Alangkah indahnya hidup ini

Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya tuhan saja yang tahu

Kutahu cintamu kepada umat

Umati kutahu bimbangnya kau tentang kami
Syafaatkan kami
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu

Kan pasti mengalir air mataku

Kerna pancaran ketenanganmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kurniakanlah syafaatmu

Saturday, July 23, 2011

Rinduku padaMU

Aku Rindu..
Rindu pada pertemuan dengan-Mu,
Rindu pada titian tarbiyah dari-Mu
Rindu pada Bingkisan cinta dari-Mu..

Tapi...
Langkahku makin jauh..
Jauh meninggalkan diri-Mu..
Jauh dibawa arus yang semakin menderu..

Mungkin silapku,
Khayal dengan cinta yang mempesona,
Leka dengan dunia yang sementara..
Diulit mimpi yang hanya seketika...

Aku rindu..
Rindu pada belaian-Mu,
Belaian kasih sayang melalui hidayah dan rahmat-Mu..
Pautkanlah hatiku kembali pada cinta-Mu..
Janganlah Kau biarkan daku terus lesu dan membisu,
Kutahu ini jua jalan ceritaku..
Jalan yang menguji diriku agar sentiasa Merindui-Mu

Saturday, June 25, 2011

Malam yang tenang :)


16 JUN 2011, 3.00 pagi buta walau sbnrnye celik~huhu,,ape aku mrepek.. menanti dan ternanti bulan yg bakal menutup dirinya yg tersipu malu sampai tak tido sbb takut tak dapat rasa ummph nya gerhana bulan.dek krna nak rebut pahala sunat,,sanggup aku mandi pepagi buta yg airnya fuuhh mmg mcm gne heater yg tak berfungsi..oopss lupe nak tunjuk gerhana bulan yang aku tengok..ni ha dia, bulan yg malu-malu kucing :)
3.30 pagi aku berlari ke musolla utk jmpe KEKASIH AGUNG,,solat gerhana berjemaah bersme ustaz Hamdi..merasai kekuasaan Allah. time camnilah baru kita sedar betapa besarnya kekuasaan Allah menciptakan makhluqnya.. ~laa ilaha illa anta, subhaanaka inni kuntu minazzhalimiin~

Baginda Rasulullah – sollaAllahu `alayhi wa sallam – melalui hadis baginda yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim, hadis daripada Sayyidatina `Aisyah yang berbunyi:-
إِنَّ الشَّمْسَ وَالقَمَرَ آيَتَانِ مِنْ آيَاتِ اللهِ لاَ يَخْسِفَانِ لِمَوتِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ
فَإِذَا رَأَيْتُمْ ذلِكَ فَادْعُوا اللهَ وَكَبِّرُوا وَتَصَدَّقُوا وَصَلُّوا
Maksudnya: “Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda daripada tanda-tanda kekuasaan Allah. Terjadinya gerhana matahari atau bulan itu bukanlah kerana kematian seseorang atau kehidupannya. Maka jikalau kamu melihatnya, berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, bersedekahlah serta dirikanlah solat”.
Sebagaimana pesanan para ulama’, perbanyakkan istighfar dan taubat serta perbanyakkan mengingati hari akhirat ketika berlakunya gerhana matahari atau bulan. Maka semua manusia perlu mengambil iktibar daripada fenomena hebat yang berlaku pada matahari, bumi dan bulan tersebut sebelum tibanya fenomena yang lebih dahsyat iaitu terbitnya matahari dari arah barat yang ketika itu tiada yang paling bernilai melainkan iman dan amal soleh.

Friday, June 3, 2011

Nasihat yang berguna untukmu..


hayatilah nasihat Asy-syahid Imam Hasan al-Banna:
1. Apabila mendengar azan, segeralah mendirikan solat walau dalam keadaan apa sekali pun.
2. Bacalah al-Qur'an, tatapilah buku-buku, pergilah mendengar perkara-perkara yang baik, amalkanlah zikrullah, dan janganlah sama sekali membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah.
3. Berusahalah sedaya upaya untuk bertutur dalam bahasa Arab yang betul kerana bahasa Arab yang betul itu, adalah satu-satunya syiar Islam.
4. Janganlah banyak bertengkar kerana pertengkaran kosong tidak mendatangkan kebaikan.
5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
6. Janganlah bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang diperlukan oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring adalah resmi yang sia-sia dan boleh menyakiti hati orang.
8. Jauhilah daripada mengumpat peribadi orang dan mengecam sesebuah; dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang boleh memberi kebajikan.
9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap Ikhwan Muslimin yang ditemui walaupun dia tidak meminta saudara berkenalan dengannya… asas gerakan dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.
10. Kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada; oleh itu tolonglah saudaramu agar mereka dapat menggunakan masa dengan berfaedah; dan jika anda mempunyai tugas sendiri, ringkaskanlah pelaksanaannya.

DIA pemilik segalanya~

walaupun hati ini sedih memikirkan sahabatku yg lari drpd aku...aku redha ya Allah..
aku tahu Kau sdg mengujiku...
Kau mahu aku memikirkan kekuasaanMU..
dgn hanya sekelip mata shj Kau mampu menarik kedua-dua sahabatku..
ya,,aku merasainya..
dan saat inilah KAU mahu aku kembali ke pangkuanMU..
mungkin aku gembira sangat dengan sahabatku sehingga aku lupa padaMU..
mungkin juga aku terlampau kasih pada sahabat sehingga aku alpa pada kasihMU..
namun,,aku bersyukur sgt2..
krana dgn ujian ini merapatkan lagi aku dgn Kau, ya ALLAH..
teringat aku lagu inteam feat nazrey raihan nyanyi,,
ujian adalah tarbiah dari Allah..
apakah kita kan sabar..
ataupun sebaliknya..
kesenangan yang datang selepas kesusahan..
semuanya adalah nikmat dari Tuhan..
so,,bila kita dapat sesuatu nikmat tu janganlah kita lupa padaNYA..
tapi ujian tu pun lazat jugak kan sampai jilat jari..
(tapi jgn kita minta ujian daripada Allah sbb iman kita ni takde la tggi mne pon..)
sbb dengan ujian la waktu tu baru kita rasa cinta kepada KHALIQ..
betul tak?
manusia selalu alpa dengan nikmat duniawi..
teringat aku ayat al-Quran yang mengatakan..
"..jika kamu bersyukur maka Aku akan tambahkan nikmatKU kepadamu..tetapi jika kamu kufur nescaya azabKU amatlah pedih.."
minta dijauhi daripada sifat kufur..amiin..
andai antuma membaca warkahku ini...
anggaplah aku telah memaafkan kalian..
semoga ukhuwah antuma berkekalan hingga ke syurga.
aku?
mungkin Allah tak nak aku jauh daripada DIA kot..wallahu a'lam,,
semua yang ditentukan Allah itulah yang terbaik untukku dan makhluqnya yg lain..
Allah tak menjadikan sesuatu itu sia-sia tp kita yang sering mensia-siakannya..
wallahu a'lam... 

Saturday, March 26, 2011

Alhamdulillah...
hari ni aku berlawan petanque peringkat negeri bersama 3 lg org sahabatku,,awatiff n qamra....
hmm,,byk pengajaran yg Allah berikan kpd kami smua...
1st game n 2nd game kitaorg mng  but bila masuk quater-final kitaorg kecundang..
xpe,,alhamdulillah buat segala-galanya..
kami fikir mungkin ada lg org slain kami yg akan berjuang dlm pertandingan ni utk menaikkan nama ISLAM!
dan yg kalahkan kami tu coach dia ex-smakl,,1st generation!
kiranya ada ar gak an berkaitan ngan smakl,,hehehe
ok ar,,i have no any idea to write more...
yg pastinya klo kita lwn ape2 ke,,igt kita berjuang utk menolong agama Allah!

Friday, February 18, 2011

FUTHUR-penyakit yang berbahaya!!

Dalam kitab Lisanul Arab, futhur bermaksud diam setelah bergerak dan lemah setelah bersemangat. Air panas yg berubah mnjadi sejuk lantaran adanya faktor waktu dan suhu lingkungan yang dapat dikatakan sbg futhur~bkn futhur=sarapan tu~#! ok..smbg balik... kondisi fizikal yang smkin tak berdaya seiring dgn ber+nya usia atau adanya penyakit disebut sbg futhur. Org yg matanya mengantuk atau pndgnnya mulai redup juga disebut sbg futhur.so, futhur dpt disebbkan oleh faktor lingkungan atau oleh penyakit hati yg ada dlm diri seseorg.

ok ar...skarang meh denga' pulak apo dio faktor futhur nieyh...
Sayyid Muhammad Nuh mnjlskan faktor2 yg menyebabkan futhur ni berlaku:

  1. berlebihan dalam urusan agama. Rasulullah mengecam glgn mutanaththi'uun (org yg berlebih-lebihan dan melampaui batas dlm perkataan dan perbuatannya)
  2. berlebihan dalam hal yg israf (lebih dlm makan, minum, berpakaian, tmpt tiggl, knderaan dll)
  3. sedikit skali mengingati mati
  4. berasa enak dgn nikmat dunia
  5. makan mknn haram dan syubhah
  6. mengamalkan islam scr tidak menyeluruh
  7. melupakan sunnatullah terhadap kehidupan
  8. tdk memerhatikan kemampuan lantaran byknya beban dakwah
  9. berkawan dgn org yg lemah kemahuannya dan rendah cita2nya
  10. melakukan sesuatu scr tdk tersusun, sama ada dilakukan sendiri mahupun berjemaah
  11. jatuh dlm jurang kemaksiatan dan memandang enteng dosa kecil
hmm..stakat tu je lah wat mse nieyh..mari kita digestkan dulu sblom kita pergi ke topik yg seterusnya,,insyaAllah..

Friday, January 14, 2011

SoLAt..


seringkali kita dgr assolatu 'imaduddiin, solat itu tiang agama..knapa?
solat adalah tiang agama krn jika solat x settle maka agama kita akan runtuh
coz dlm ayat 45 surah al-ankabut.."sesungguhnya solat itu mencegah perbuatan keji dan mungkar".

tp..kdg-kdg kita tertanya-tanya mengapa kita slalu solat tp masih melakukan maksiat..
hmm..tepuk dada tanya iman,,adakah solat kita khusyuk??atau ktika solat, kita fikir..nak mkn ape, nak main ape, nak buat ape lps solat ni...ha..mmg la x khusyuk..

tp..sblm kita tnye diri kita, solat khusyuk ke tak..cbe kita tanya, sempurnakah solat kita..
ha..isu ni perlu dititikberatkan dalam solat..
ana tengok ramai orang solat tp..ruku'nya masih tidak lurus, sujudnya tidak cukup syarat..
ya Allah,,kalaulah org btul-btul memahami kpentingan solat tentu dia akan buat sebagus yg mungkin..btol tak?
ok la, ana nak citer ckit pasal org yg tak solat ni..ha, lagilah kesian..


Diriwayatkan bahwa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis.
Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, “Wahai orang muda kenapa kamu menangis?”
Maka berkata orang muda itu, “Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya.”
Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.s. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, “Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam.”
Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.
Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, “Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?”
Berkata orang muda itu, “Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat.” Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, “Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam.”
Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat.
Lalu mereka cuba membunuh ular itu. Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, “Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, menagapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat.”
Lalu para sahabat bertanya, “Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?”. Berkata ular, “Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :
- Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjamaah.
- Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
- Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
Maka inilah balasannya.

jangan bertangguh..nanti mati tak sempat solat, menyesal tak berguna..