Saturday, June 25, 2011

Malam yang tenang :)


16 JUN 2011, 3.00 pagi buta walau sbnrnye celik~huhu,,ape aku mrepek.. menanti dan ternanti bulan yg bakal menutup dirinya yg tersipu malu sampai tak tido sbb takut tak dapat rasa ummph nya gerhana bulan.dek krna nak rebut pahala sunat,,sanggup aku mandi pepagi buta yg airnya fuuhh mmg mcm gne heater yg tak berfungsi..oopss lupe nak tunjuk gerhana bulan yang aku tengok..ni ha dia, bulan yg malu-malu kucing :)
3.30 pagi aku berlari ke musolla utk jmpe KEKASIH AGUNG,,solat gerhana berjemaah bersme ustaz Hamdi..merasai kekuasaan Allah. time camnilah baru kita sedar betapa besarnya kekuasaan Allah menciptakan makhluqnya.. ~laa ilaha illa anta, subhaanaka inni kuntu minazzhalimiin~

Baginda Rasulullah – sollaAllahu `alayhi wa sallam – melalui hadis baginda yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim, hadis daripada Sayyidatina `Aisyah yang berbunyi:-
إِنَّ الشَّمْسَ وَالقَمَرَ آيَتَانِ مِنْ آيَاتِ اللهِ لاَ يَخْسِفَانِ لِمَوتِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ
فَإِذَا رَأَيْتُمْ ذلِكَ فَادْعُوا اللهَ وَكَبِّرُوا وَتَصَدَّقُوا وَصَلُّوا
Maksudnya: “Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda daripada tanda-tanda kekuasaan Allah. Terjadinya gerhana matahari atau bulan itu bukanlah kerana kematian seseorang atau kehidupannya. Maka jikalau kamu melihatnya, berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, bersedekahlah serta dirikanlah solat”.
Sebagaimana pesanan para ulama’, perbanyakkan istighfar dan taubat serta perbanyakkan mengingati hari akhirat ketika berlakunya gerhana matahari atau bulan. Maka semua manusia perlu mengambil iktibar daripada fenomena hebat yang berlaku pada matahari, bumi dan bulan tersebut sebelum tibanya fenomena yang lebih dahsyat iaitu terbitnya matahari dari arah barat yang ketika itu tiada yang paling bernilai melainkan iman dan amal soleh.

No comments:

Post a Comment