Thursday, February 16, 2012

IMAN vs NAFSU

Bila cakap pasal habis sekolah ni memang hampir 99.9% orang cakap "bestnye!". Ada x orang cakap "aku nak blajar lagi" ? rasenye ade ke?? orang macam ni confirm budak straight As bila exam mnjelang...
okay,,ana tak nak merepek panjang-panjang.
Sebenarnya..bila habis sekolah banyak yang perlu kita hadapi terutamanya N.A.F.S.U.
nafsu memang tak pernah mengaku kalah kepada I.M.A.N. Bila nafsu mula mengatasi iman, jawabnya meranalah si hati. Iman perlu sentiasa disuburi dengan baja ketaqwaan.
Bila cerita pasal taqwa ni, ana teringat kisah Saidina Umar yang bertanyakan kepada Ubai bin Ka'ab mengenai taqwa lalu Ubai pun bertanya kepada Umar,"pernakkah engkau melalui jalan yang ada duri?". umar menjawab,"ya". Ubai pun bertanya, "apakah yang engkau lakukan?". Umar berkata,"sudah tentu aku mengangkat sedikit bajuku dan berjalan dengan berhati-hati. kata Ubai, "That is taqwa, to protect oneself from sin through life’s dangerous journey so that one can successfully complete the journey unscathed by sin."

Taqwa boleh dibahagikan kepada tiga peringkat:
  1. Taqwa Awami: taqwa kebanyakan orang yang masih dipengaruhi oleh runtunan syahwat, masih terpukau oleh godaan dunia dan berhadapan dengan tipu daya syaitan. Namun mereka berjuang menentang unsur-unsur negatif yang tersebut dengan semangat taqwa.
  2. Taqwa Khowasi: taqwa yang lebih tinggi kualitinya daripada Taqwa Awami kerana orang yang bertaqwa pada tahap ini telah dapat melaksanakan diri daripada belenggu nafsu amarah, dorongan untuk melakukan maksiat dapat dihindari dan maksiat-maksiat zahir seperti maksiat mata dan lidahdapat dijauhi.
  3. Taqwa Khowasu Khowasi: tahap taqwa yang tertinggi. Orang yang berada pada taqwa tahap ini telah terlepas daripada lingkaran maksiat zahir dan maksiat batin, bebas pengaruh nafsu amarah dan nafsu lauwwamah. Mereka telah mencapai ke tahap nafsu mutmainnah (jiwa yang tenang).
ok, kalau cerita pasal taqwa ni mmg takkan habis la..ada perkara yang kadang-kadang kita yang perlu cari sendiri,,betol tak?


Hati remaja mana yang tak memberontak..
bila da start abis skolah..mula la hati memberontak nak melakukan perkara yang kita tak boleh buat waktu time sekolah dulu terutamanya budak asrama and lagi pulak smkA. Bila ada A a.k.a. AGAMA, banyak perkara yang perlu dijaga,,daripada sekecil-kecil dosa hinggalah sebesar-besar dosa dan daripada sekecil-kecil pahala hingga sebesar-besar pahala. hmm..banyak sebenarnya yang kita belajar daripada SMKA yang berjasa ni. dan ana sangatlah rasa beruntung dicampakkan ke SMKAKL. ana tak rasa SMKAKL ni macam sekolah lain. SMKAKL ini ada special banyak, bukan sikit bagi ana. Mungkin pada orang lain tak kot, yela..setiap orang ada pandangannya yang tersendiri. Budak SMKAKL ni beruntung sangat sbb dah banyak sheikh-sheikh yang terkenal bagi tausiyyah kat sekolah. Lagi pulak ada banyak ustaz-ustaz yang hebaddd-hebaddd (triple D means hebat sangat).
Tapi,,bila keluar sekolah, hampir semua pelajarnya yang sudah berubah imej Agamanya. Ana tak specifickan untuk sekolah ana je tapi hampir kesemua SMKA,betul tak? Siapa yang tak sedar perkara ini dan tak rasa apa-apa pun,,maka muhasabahlah kembali wahai hati yang futhur! 


Ana post macam ni bukan bermakna ana hebat sangat tapi hati ini juga pernah melaluinya dan hati ini sangat-sangat sedih. jomlah kita sama-sama memuhasabahkan diri yang banyak melakukan dosa. Jangan jadikan ilmu yang kita perolehi di sekolah ditinggalkan begitu sahaja. Sayang sangat kalau ilmu yang ada x dipraktikkan. Dan berdosa bila kita tahu sesuatu hukum itu adalah haram tapi kita buat juga demi memenuhi kehendak NAFSU. Korang tak rasa ke berdosa bila buat maksiat. Bayangkanlah macam mana kat akhirat kelak segala-galanya disingkapkan di hadapan berjuta umat..sedarlah,, kita hidup ni dah tak lama dah..Dah banyak petanda kiamat,,tinggal nak keluar petanda kiamat yang besar je lagi.


Jom perbaharui IMAN kita :)

No comments:

Post a Comment